Ahad, 14 Disember 2008

Iktibar

assalamualaikum wrt...

kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan
sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk
menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si
guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya
begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka
berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam
ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya
pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-
gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian sang guru kembali
berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya
angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika
saya angkat pemadam, maka
katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-
murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar
untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka
sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang
beberapa saat, permainan berhenti. Si guru
tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak,
begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu
haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas
membedakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita
memaksakan kepada kita lewat berbagai cara,
untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi
bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin
akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi
karena terus disosialisasikan dengan cara-cara
menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian
terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-
musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan
menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan,
berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi
menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah
menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini
menjadi suatu gaya hidup dan lain
lain.""Semuanya sudah terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada
murid-
muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan
kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada
Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.
Sekarang anda berdiri di luar karpet.
Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa
memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada
yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-
lain.

Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar,
digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia
memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-
murid, begitulah ummat Islam dan musuh-
musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-
terang...Kerana tentu anda akan menolaknya
mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela
kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi
mereka akan menggulung anda perlahan-lahan
dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika
seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka
dibina tapak yang kuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah
aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin
membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya
dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan
dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari
dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam
menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan
meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara
hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun
anda muslim, tapi anda telah meninggalkan
ajaran
Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan
itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri
(perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan
oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak
berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-
terang menyerang, misalnya Perang Salib,
Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak
lagi..

apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Sabtu, 19 Julai 2008

Sebelum adanya Malaya dan Malaysia


KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali
sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya
terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja
Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-
negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan
Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa
pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan
penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi
kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja
Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada
Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen
berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara
lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah
pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka
dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja
Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat
dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang
kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-
Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di
negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri
Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh
tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan
gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-
gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan
pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini.
Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada
mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang
Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran
antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan
tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua
kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan
Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang
tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan
ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau
status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of
Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak
untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah
tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat
Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya
menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO
dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin
UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap
lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan
pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC
(Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan
Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana
kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC
terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti
Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-
kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India
MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan
MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada
PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu
kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian
memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut
hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi
kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk
memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri
satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya
kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah
(Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera
nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang
berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan
sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya)
British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat
perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk
satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa
peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama
rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan
adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga
termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui
sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-
dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi
bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa
masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh
digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah
swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili
parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang
tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan
budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik
sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang
diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan
bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini.
Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah
apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum
Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan,
bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan
Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain.
Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat
jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar
setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain
di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman
tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan
bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India
Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-
apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para
pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi
bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik
penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi
Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi
mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan
Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan
terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil
Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap
satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun,
jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana
dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk
mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan
Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan
kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa
yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan
kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh
dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada
sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif
akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana
Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan
British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi
Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi
seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak
British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-
negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di
mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan
bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu
tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga
tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara
British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara
walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan
Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi
merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di
Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui
pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik
UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili
sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak
Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan
mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan
persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan
yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang
digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan
ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan
Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung
untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada
kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri
taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan
Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang
Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang.
Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo
tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan
semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada
Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi
rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama,
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk
mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan
kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh
pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang
asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada
kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan
pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya
Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial
ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata
yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada
Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya
yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara
berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan
akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum
haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial
ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan
Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima
kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai
Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini
mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi
sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-
undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang
kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap
kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus
dipertanggungjawabkan.

THE MALAYSIAN SOCIAL CONTRACT

1. Before there was Malaya and Malaysia the peninsular was known as
Tanah Melayu, or Malay Land.

2. Saying this alone would result in accusations of being racist.

3. But I need to go back in history if I am going to be able to
explain about Malaysia's social contract.

4. Through treaties signed by the Rulers of the Malay States of the
Peninsular the British acquired the right to rule the Malay States.
These treaties obviously recognised and legitimised the States as
Malay States. No one disputed this. Even the aborigines accepted
this as shown by their submission to the rule of the Malay Sultans.

5. Initially the peoples living in the States were divided into
indigenous Malays and aborigines who were subjects of the Malay
rulers and foreign guests who were not subjects of the rulers. There
were no citizenship or documents about citizenship status as in most
countries.

6. The foreign guests prospered in the British ruled Malay States
and in the British colonies of Penang, Malacca and Singapore. The
Malay subjects of the Rulers and the Rulers themselves did not feel
threatened by the numbers of these non-Malays and the disparities
between the general wealth and progress of the foreign guests and
the subjects of the Rulers. They did not think that the foreigners
who had settled in the country would ever demand citizenship rights.

7. When Japan conquered the Malay States and the colonies of the
Straits Settlements, the Chinese felt insecure as the Japanese were
their historical enemies.

8. Many Chinese formed and joined guerilla forces and disappeared
into the jungle. When Japan surrendered the Chinese guerillas came
out and seized many police stations in the interior and declared
that they were the rulers of the country. They seized many people,
Chinese and Malays and executed a number of them.

9. Malay villagers retaliated by killing the Chinese in the rural
areas. Tension rose and a Sino-Malay war was only averted because of
the arrival of British forces. But the ill feeling and animosity
between the two races remained high.

10. It was in this tensed situation that the British proposed the
Malayan Union which would give the "guests" the right of citizenship
as indistinguishable from that of the Malays.

11. The Malays rejected the Malayan Union and its citizenship
proposal. They forced the British to return to the status quo ante
in a new Federation of Malaya.

12. Only Chinese who were British subjects in the colonies of the
Straits Settlements were eligible to become citizens in this new
Federation. Naturally the Malay citizens far outnumbered the Chinese
Malayan citizens.

13. Chinese leaders appealed to the British, who then persuaded the
UMNO President, Dato Onn Jaafar to propose to open UMNO to all
races. This proposal was rejected by the other UMNO leaders and Dato
Onn had to resign.

14. The British kept up the pressure for the Malays to be more
liberal with citizenship for non-Malays.

15. Tunku Abdul Rahman, the President of UMNO decided on a coalition
with MCA (Malaysian Chinese Association) and the MIC (Malaysian
Indian Congress). In the 1955 elections to the Federal Legislative
Assembly, since there were very few constituencies with Chinese or
Indian majorities, the MCA and MIC partners had to put up candidates
in Malay majority constituencies after UMNO undertook not to contest
in these constituencies but to support MCA Chinese and MIC Indian
candidates instead.

16. Such was the support of the Malays for the MCA and MIC alliance
candidates that they won even against Malay candidates from PAS. The
MCA and MIC candidates all won. Only UMNO lost one constituency
against PAS.

17. The Tunku as Chief Minister of a self-governing Federation of
Malaya then decided to go for independence. The British continued to
inisist on citizenship rights for the Chinese and Indians as a
condition for giving independence.

18. To overcome British resistance to independence and to gain the
support of the Chinese and Indians, the Tunku decided to give one
million citizenship to the two communities based purely on
residence. One notable new citizen was (Tun) Leong Yew Koh, a former
general in the Chinese National Army who was later appointed
Governor of Malacca.

19. It was at this stage that the leaders of the three communal
parties who had formed the Government of self-governing British
Federation of Malaya, discussed and reached agreement on the
relationship between the three communities in an independent
Federation of Malaya.

20. It was to be a quid pro quo arrangement. In exchange for the one
million citizenships the non-Malays must recognise the special
position of the Malays as the indigenous people. Certain laws such
as the pre-eminence of Islam as the state religion, the preservation
of Malay reserve land, the position of the Malay Rulers and Malay
customs and the distribution of Government jobs were included in the
understanding.

21. On the question of national language it was agreed that Malay
would be the national language. English should be the second
language. The Chinese and Indians could continue to use their own
languages but not in official communication.

22. Chinese and Tamil primary schools can use their languages as
teaching media. They can also be used in secondary schools but these
have to be private schools.

23. For their part the Chinese and Indian leaders representing their
parties and communities demanded that their citizenship should be a
right which could not be annulled, that they should retain their
language, religion and culture, that as citizens they should have
political rights as accorded to all citizens.

24. Much of these agreements and understandings are reflected in the
Federal Constitution of Independent Malaya. For everything that is
accorded the Malays, there is always a provision for non-Malays. Few
ever mention this fact. The only thing that attracts everyone's
attention and made a subject of dispute is what is accorded the
Malays and other indigenous people.

25. Thus although Malay is to be the National Language, Chinese and
Tamil can be used freely and in the Chinese and Tamil schools. In no
other country has there been a similar provision. Even the most
liberal countries do not have this constitutional guarantee.

26. The national language is to be learnt by everyone so that
Malayan citizens can communicate with each other everywhere.

27. It was understood also that the Chinese language referred in the
understanding were the Chinese dialects spoken in Malaysia, not the
national language of China. Similarly for Malayan Indians the
language was Tamil, not Hindi or Urdu or whatever became the
national language of India. However, the Chinese educationists later
insisted that the Chinese language must be the national language of
China i.e. Mandarin.

28. The official religion is Islam but other religions may be
practised by their adherents without any restriction. As the
official religion, Islam would receive Government support. Nothing
was said about support for the other religions. The non-Malays did
not press this point and the Federal Constitution does not mention
Government support for the other religions. Nevertheless such
support have been given.

29. A quota was fixed for the Malayan Civil Service wherein the
Malays would get four posts for every one given to Chinese or
Indians. However it was recognised that the professional post would
be open to all races as it was never thought possible there would be
enough Malays to take up these posts.

30. The result was that in the early years of independence there
were more non-Malays in Division 1 than Malays.

31. The Agong or the Rulers of the States should determine quotas of
scholarships and licences for Malays. But no one should be deprived
of whatever permits or licences in order to give to Bumiputras.

32. The position of the Malay Rulers was entrenched and could not be
challenged. There would be a Paramount Ruler chosen from among the
nine Rulers who would serve for five years.

33. The rulers were to be constitutional rulers. Executive power was
to be exercised by elected Menteris Besar, Ketua Menteri (Chief
Minister) and Prime Minister, assisted by members of councils and
cabinets. The British practice was to be the model.

34. The most important understanding was the adoption of
Parliamentary Democracy with a Constitutional Monarch, again after
the United Kingdom model. It should be remembered that the British
imposed an authoritarian colonial Government on the Malay State, the
power resting with the Colonial Office in London.

35. Before these the Malay States were feudal with the Malay Rulers
enjoying near absolute power. Only the elites played a role in State
politics. The Malay subjects had no political rights at all.
Certainly the guests had no say in politics. Even the Chinese and
Indian British citizens had no say though they may be appointed as
Municipal or Legislative Councillors.

36. The decision to adopt a democratic system of Government was a
radical step in the governance of the Federation of Malaya and of
the Malay States. This was agreed to by the leaders of the three
major communities as represented by their political parties i.e.
UMNO, MCA and MIC. There can be no doubt that these parties
represented the vast majority of the three communities in Malaya.
The Communists and the other leftists did not signify their
agreement to the understanding.

37. The Reid Commission was briefed on all these agreements and
understanding so that they will be reflected in the Constitution to
be drawn up. All the three parties approved this Constitution after
several amendments were made. In effect the Constitution became a
contract binding on all the three communities in the Federation of
Malaya upon attaining independence in 1957.

38. When Sabah and Sarawak joined the Peninsular States to form
Malaysia the social contract was extended to the two Borneo States.
The natives of Sabah and Sarawak were given the same status as the
Malays. At this time the word Bumiputra was introduced to
distinguish the indigenous Malays and Sabah, Sarawak natives from
those descendants of foreign immigrants. Because Malay was widely
used in the Borneo States there was no difficulty in the acceptance
of Malay as the national language. The fact that the natives of the
two states are not all Muslims necessitated no change in the
Constitution once the word Bumiputra was accepted. But the official
definition of a Malay remained.

39. The embodiment of the social contract is therefore the
Constitution of first, the Federation of Malaya and then Malaysia.

40. To say it does not exist is to deny the contents of the
Constitution which was based upon the acceptance by the leaders of
the three communities of the original social contract.

41. All subsequent actions by the Government were the results of
this social contract. The fact that the initiators of this social
contract and their successors were endorsed by the people in every
election reflects the undertaking of the people to honour this
social contract.

42. Saying that the social contract does not exist is like saying
that Malaysia exists in a vacuum, without a Constitution and laws
based on this Constitution.

43. Implementing the social contract requires understanding of its
spirit as much as the letter. The social contract is aimed at
creating a multi-racial nation that is stable and harmonious. Any
factor which would cause instability and result in confrontation
between the races must be regarded as incompatible with the spirit
of the social contract.

44. For 50 years no one seriously questioned the social contract.
Even today the majority of Chinese and Indians and the indigenous
Malays and natives of Sabah and Sarawak accept the social contract.
But because Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi basically lost the 2008
election and now heads a weak Government the extremists and
erstwhile detractors have questioned the social contract. The Bar
Council has now become a political party believing that its
expertise in law will exempt it from being questioned as to its
credentials and its political objectives.

45. Abdullah's UMNO is incapable of countering any attack on the
social contract. If anything untoward happens Abdullah and UMNO must
bear responsibility.

*****

__._,_.___
 
 
.

__,_._,___

Jumaat, 13 Jun 2008

Kisah PAS dan Umno pula.........

Saya menerima SMS dan email dari kawan-kawan yang meminta berikan reaksi berhubung satu artikel dalam NST hari ini yang bertajuk: PAS will not sleep with the enemy again http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Columns/2265825/Article/index_html Artikel tersebut tidak melaporkan secara langsung tentang sebarang usaha PAS atau Umno untuk berunding bagi tujuan penyatuan politik, tetapi ia sekadar lontaran-lontaran nakal dari seorang penulis veteran yang pasti mengundang latah dari mereka yang memang melatah. “Rumors” dan “purportedly”adalah antara istilah yang digunakan Zubaidah yang dalam bahasa Melayu nya bermakna “khabar angin” dan “dakwaan”. Malah dalam menulis tentang seorang pemimpin kanan PAS yang didakwa berjumpa dengan pemimpin kanan Umno di London, Zubaidah memulakan dengan berkata: “But the latest rumour ” atau “Khabar angin terbaru”. Bagi saya biarlah orang yang melatah itu melatah, tetapi yang stabil dan teguh insyallah tidak begitu. (Lihatlah latahan dan serangan yang tidak sepatutnya terhadap PAS dalam Malaysia Today berhubung artikel ini tanpa mengambil kira pun istilah "rumour" dan "purpotedly" itu tadi) Sebelum inipun MSM (main stream media) telah memainkan berkenaan isu Ezam M Noor dan DSAI. Kononnya kemasukkan Ezam dalam Umno adalah untuk membuka laluan bagi DSAI untuk kembali dalam Umno. Malah “The latest rumour” mengatakan perlantikan salah seorang SETPOL baru PM (bekas orang kuat DSAI) adalah bukti kesahihan “rumour” itu. Kita tidak pula terbaca laporan orang melatah berkenaan pendedahan "rumour" ini. Apa pun dari sejak sebelum pilihan raya sehingga kini saya rasa pimpinan PAS berulang kali menyebut bahawa PAS sentiasa terbuka untuk sebarang jenis perundingan dengan Umno dan malah mana-mana parti-parti politik dan NGO atas isu-isu kepentingan bersama. PAS sudah lebih separuh abad usianya dan sarat dengan pengalaman dan matang dari segi berpolitik, yang penting semua pihak yang bersamanya juga perlu begitu iaitu berpolitik secara dewasa dan matang, tiada ruang untuk melatah dan melompat-lompat tak tentu arah. Pasca PRU ke 12 PAS bersama-sama PKR dan DAP membentuk kerajaan campuran bersama atas nama Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor (dan juga di Pulau Pinang walaupun PAS hanya diwakili 1 kerusi). Inilah realiti politiknya. Kerajaan ini perlu dipadu dan digerakkan bersama atas kepentingan rakyat dan negara. Asasnya, apa yang ada ini perlu sama-sama dibina, digerak dan dipertahankan, perpaduannya akan menjamin kelangsungannya sampai bila-bila.
-roslan SMS-

Ahad, 1 Jun 2008



Surat Terbuka Kepada Osama Ladin
Dunia Arab mutakhir ini sedang sibuk membicarakan surat terbuka dari seorang ulama dari Arab Saudi yang terkemuka, Syeikh Salman Oudah kepada Osama Ben Laden. Surat "Ramadhan" bertarikh 16 September (2 Ramadhan) di laman web islamtoday.net tersebut merupakan surat dari seorang mantan guru kepada anak muridnya. Tujuan surat tersebut dituliskan adalah dari kesedaran wajibnya beliau menasihati Osama yang dilihatnya telah tersasar dari jalan kebenaran sehingga menyebabkan banyak nyawa manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa. Surat tersebut juga dibuat demi merayu Osama agar merenung semula "idealisme" perjuangan yang beliau anuti, dan agar beliau kembali ke jalan yang benar.
Salman Fahd al-Oudah bukanlah nama yang asing bagi para pecinta ilmu, pendakwah dan juga panganalisis politik timur tengah. Sebagai seorang ulama yang vokal di zaman mudanya, beliau pernah dipenjarakan oleh Kerajaan Arab Saudi dari taun 1994 shingga tahun 1999 kerana dilabel sebagai "pembangkang". Di negara konservatif dan berorientasikan pemerintahan autoritarian, teguran dan kritikan Salman terhadap dasar kerajaan pasca peperangan teluk yang pertama dianggap sebagai mengancam keselamatan negara. Hasilnya beliau bersama rakannya, Syeikh Safar al-Hawali telah dipenjarakan buat beberapa ketika. Pada waktu itu, Ben Laden telah muncul membuat kenyataan mengutuk pemenjaraan beliau di dalam apa yang dikenali sebagai "deklarasi jihad" pada tahun 1996. Walau bagaimanapun, bagi Oudah, keberadaan beliau di dalam penjara telah banyak merubah pemikiran dan juga pendekatannya.
Sebagai seorang orator dan seorang ilmuan yang muda lagi berkarismatik, beliau mempunyai banyak peminat dan pengkagum. Laman web beliau "www.islamtoday.net" mendapat kunjungan yang tinggi dari dalam Arab Saudi dan juga dari negara-negara luar. Selepas keluar dari penjara, beliau mempunyai pemikiran yang lebih moderat, malah lebih moderat daripada ulama-ulama rasmi kerajaan Arab Saudi. Bukan hanya nada beliau menjadi lebih sederhana, malah beliau lebih terbuka di dalam menerima kepelbagaian pandangan, mazhab dan aliran. Jika di masa mudanya, beliau terkenal dengan kritikannya terhadap Muhammad al-Ghazali (mati 1996), selepas keluar dari penjara beliau menjadi di antara pengkagum al-Ghazali. Tidak keterlaluan jika ada di antara pengkritik beliau yang menggelarkannya sebagai "al-Qaradawi junior".
Di kalangan ulama-ulama Saudi yang terkenal dengan pandangan yang keras dan kurang toleransi terhadap aliran yang tidak selari dengan fahaman mereka, Oudah muncul membawa pendekatan sederhana. Fatwa-fatwa beliau seakan-akan tidak selari dengan jubah dan ketrampilan para ulama Saudi yang konvensional. Kini, stesen-stesen televisyen satelit Arab berlumba-lumba mendapatkannya untuk ditemuramah dan diwawancara. Meskipun perubahan tersebut menyebabkan sesetengah pengikutnya di zaman muda mula meninggalkannya, namun golongan baru pula muncul mengikuti setiap ceramah, fatwa, artikel dan juga fikrah yang dilontarkan.
Osama merupakan salah seorang mantan pengikut dan pengkagumnya di zaman muda beliau. Malah tiak keterlaluan jika dikatakan, kebanyakan pengikut Osama dari kalangan para pemuda Arab Saudi di zaman peperangan Afghan-Russia adalah kebanyakannya anak-anak murid Oudah. Tidak hairanlah selepas kejatuhan kerajaan Taliban di Afghanistan pada tahun 2001, kaset-kaset Oudah banyak ditemui di rumah yang pernah didiami oleh Osama. Oudah sendiri terkenal dengan pandangan beliau yang tegas dan berprinsip di dalam persoalan penjajahan tanah umat Islam dan perjuangan mereka. Pada November 2004, beliau bersama 26 ulama Muslimin yang lain telah bertanggungjawab mengeluarkan fatwa bersama mengharuskan perjuangan menentang penjajahan Amerika Syarikat di bumi Iraq.
Hatta sehingga kini pun beliau tetap tegas dengan pendirian tersebut yang kadangkala tidak disenangi oleh kerajaan Arab Saudi. Walau bagaimanapun beliau tidak menyokong tindakan membuta tuli dan keganasan yang dilakukan oleh gerakan al-Qaedah pimpinan Osama. Sebagai contoh, beliau mengecam pengeboman di Riyadh pada tahun 2003 yang telah dilakukan oleh al-Qaedah. Beliau juga mengutuk tindakan-tidakan membuta tuli yang lain yang telah dilakuakn oleh al-Qaedah. Tindakan membuta tuli mereka telah menyebabkan kematian ramai nyawa yang tidak berdosa, hatta di kalangan kaum Muslimin. Lebih malang lagi tindakan-tindakan tersebut telah mencalarkan, malah memburukkan imej Islam sebagai agama yang cintakan kedamaian. Pendirian beliau akhirnya telah menerima kritikan oleh para penulis dan aktivis al-Qaeda di dalam dan di luar Arab Saudi semenjak tahun 2005 lagi.
Pengeboman di London, pengeboman di Madrid, pengeboman di Amman, pengeboman di Turki, pembunuhan warga Iraq, hatta dari kalangan kaum Sunni (yang tidak sealiran dengan al-Qaeda), kes pertempuran Fatah Islami di Nahr al-Barid Lubnan, dan pelbagai lagi kekacauan yang telah ditimbulkan oleh al-Qaedah. Kesemuanya ini bertentangan dengan ajaran Islam dan juga bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAWmenurut Oudah. Oudah memetik di dalam suratnya, hadis Rasulullah SAW yang melarang kaum muslim daripada membunuh hatta haiwan sekecil anak burung sekalipun. Beliau juga mengingatkan Osama tentang dosa membunuh orang yang tidak berdosa yang bakal dibawa oleh Osama untuk bertemu dengan Allah di padang mahsyar nanti.
Surat Oudah sebenarnya merupakan siri-siri nasihat para ulama sedunia terhadap golongan al-Qaedah yang lebih dikenali sebagai golongan "Takfiri" di dunia Arab. Dr Yusuf al-Qaradawi, sebagai contoh di antara ulama yang sering merayu dan menasihati golongan al-Qaeda ataupun takfiri agar menjauhi nyawa rakyat awam yang tidak berdosa. Majoriti ulama menyokong perjuangan mereka menentang penjajah di Afghanistan dan Iraq, tetapi mereka tidak bersetuju dengan tindakan mereka membunuh orang awam yang tidak berdosa.
Jika diamati Osama bukanlah perancang ataupun "master mind" sebenar di dalam siri-siri keganasan tersebut. Osama merupakan seorang yang sederhana dan tidak ekstrim di zaman Syeikh Abdullah Azzam sewaktu peperangan Afghan-Russia. Walau bagaimanapun pasca pembunuhan Abdullah Azzam beliau telah banyak dipengaruhi oleh Abu Ayman al-Zawahiri. Al-Zawahiri yang terkenal dengan ide ekstrim, takfir dan pro-keganasan merupakan rakyat Mesir dalam buangan yang pernah terlibat di dalam pembunuhan presiden Mesir, Anwar Sadat pada 6 Oktober 1981. Al-Zawahiri yang telah dibebaskan ari penjara Mesir pada tahun 1984 dan kemudiannya ke Afghanistan unutk menyertai peperangan di sana terkenal dengan ide-ide ekstrim beliau semenjak berada di Mesir lagi. Bukan sekadar beliau mengkafirkan pemerintah Mesir, malah beliau juga telah mengkafirkan gerakan al-Ikhwan al-Muslimin (IM) kerana enggan mengkafirkan kerajaan Mesir. Bukunya yang bertajuk "al-Hassad al-Murr" mengandungi kecaman, kritik dan juga hentaman terhadap gerakan IM.
Beliaulah yang menjadi orang utama al-Qaedah, namun berjaya bersembunyi di sebalik bayang Osama. Mantan doktor perubatan itu merupakan seorang yang licik dan berstrategi di dalam melakukan kerja-kerjanya. Ramai di antara pengamat politik timur tengah menyedari hal ini, Osama bukan sekadar dipengaruhi, malah dimanipulasi oleh al-Zawahiri untuk apa yang beliau imani sebagai "jihad". Hal ini jugalah mungkin disedari oleh Oudah yang juga pernah menjadi guru Osama. Di atas kesedaran ini jugalah mungkin Oudah menulis surat terbukanya di bulan Ramadhan yang mulia demi menyedarkan Osama agar kembali ke jalan yang benar.

Sabtu, 31 Mei 2008

"BIODATA MAULID AL-RASUL SAW"




"BIODATA MAULID AL-RASUL SAW"
Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘St. Valentino’ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW ~ Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam’ah
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
2. Halimah Al-Saidiyyah
 
 
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-‘Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-‘Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
.

__,_._,___

Ahad, 11 Mei 2008

Warkah buat bonda

WARKAH BUAT IBU... Mak..... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni Sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dan sedia..... Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu Siaran siam..... kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... pastu mak jemur karpet-karpet... pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar... kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eemmm..bahagiaa nya saat ituu.. Mak..... Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pi hospital..... dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk... Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..... tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil... tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..... Mak..... amponkan kami semua... kami nak mak sehat... kami sayang mak... kami tak mau mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... ampon kan kami yer mak.... Mak..... Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt.. kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri kesyukuran..... Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden Terlanggar kelinn naik motor..... Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan Sesekali bgtau kat mak..... Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..... Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu mak kan...ampon kan kiter.... Mak..... Jam 4.30 pagi 19/08/1999 Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... disebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..... terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn.... Mak..... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan.... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik Atas mak.... Mak..... Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..! Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak.mak tunggu ya...! Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya.... Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..... Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya.... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk...anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan... Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan.... entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi... semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu...kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.." Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak nampak adegan tu... sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh... mengharap sedekah dari anak2 nya... Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat.... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..... Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan... kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih... pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk universiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. Sekian terima kasih. Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Sabtu, 10 Mei 2008

Berapa harga minyak dunia pada tahun 2020

Hari ini harga minyak mentah dunia sudah mencecah 126 dolar setong. Mengapa ini terjadi? Bagaimana untuk menurunkan harga ini.
Sama-sama kita fikirkan.