"BIODATA MAULID AL-RASUL SAW"Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi âSt. Valentinoâ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW ~ Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)BIODATA RASULULLAH SAW· Nama: Muhammad bin âAbdullah bin âAbdul Muttalib bin Hashim· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaâabah)· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah· Nama bapa: âAbdullah bin âAbdul Muttalib bin Hashim· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin âAbdul Manaf· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saâdiah (lebih dikenali Halimah As-Saâdiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)USIA 5 TAHUN· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.USIA 6 TAHUN· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwaâ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya âAbdul Muttalib.USIA 8 TAHUN· Datuknya, âAbdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.USIA 20 TAHUN· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab âSirahâ, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan âperjanjian Al-Fudhulâ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.USIA 25 TAHUN· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.USIA 35 TAHUN· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaâabah.· Pembinaan semula Kaâabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan âHajarul-Aswadâ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.USIA 40 TAHUN· Menerima wahyu di gua Hiraâ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.USIA 53 TAHUN· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.USIA 63 TAHUN· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.§ Khadijah Binti Khuwailid§ Saudah Binti Zamâah§ âAisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)§ Hafsah binti âUmar (anak Saidina âUmar bin Al-Khattab)§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)§ Zainab Binti Jahsy§ Maimunah Binti Harith§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar âUmmu Al-Masakinâ; Ibu Orang Miskin)ANAK-ANAK RASULULLAH SAW1. Qasim2. Abdullah3. Ibrahim4. Zainab5. Ruqaiyah6. Ummi Kalthum7. Fatimah Al-ZahraâANAK TIRI RASULULLAH SAWHalah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN SAUDARA SUSUAN 1. Thuwaibah 1. Hamzah2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad 2. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib2. Abdullah bin Harith bin Abdul âUzza3. Syaimaâ binti Harith bin Abdul âUzza4. âAisyah binti Harith bin abdul âUzzaBAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)1. Al-Harith2. Muqawwam3. Zubair4. Hamzah ***5. Al-âAbbas ***6. Abu Talib7. Abu Lahab (nama asalnya âAbdul âUzza)8. Abdul Kaâbah9. Hijl10. Dhirar11. Umaimah12. Al-Bidha (Ummu Hakim)13. âAtiqah ##14. Arwa ##15. Umaimah16. Barrah17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-âAwwam) ****** Sempat masuk Islam.## Ulamaâ berselisih pendapat tentang Islamnya.Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas).
__,_._,___
Buat arwah bonda dan ayahanda, ku panjatkan doa pada Ilahi moga roh mu di tempat orang-orang yang beriman.
Sabtu, 31 Mei 2008
"BIODATA MAULID AL-RASUL SAW"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan